Showing posts with label Secebis coretan. Show all posts
Showing posts with label Secebis coretan. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

menunggu dengan yakin




Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

>> Kerana ALLAH lebih dulu mengetahui rancangan apa yang mendatangkan KEBAIKAN dalam HIDUP kita.

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


yeah : saat hatiku meroNta ingin berkahwin

ahlan wasahlan



RIMENDER :: Ramadhan, Awalnya Rahmat Pertengahannya Maghfirah dan Penghujungnya Pembebasan         dari Api Neraka ::

Ramadhan yang ke 23 dalam hidup aku datang lagi. Saat yang aku tunggu selama 12 bulan kini betul-betul sedang aku lalui. Hari pertama, tapi aku masih belum diberi keizinan untuk melaksanakan 'ibadah. Ramadhan yang sedang aku lalui hari ini  agak berbeza daripada tahun-tahun lepas.

Jika dahulu aku bersama keluarga bersahur, bertarawih, berbuka pasti bersama. Tapi kali ini aku hanya bersama kawan-kawan dek praktikal yang aku perlu selesaikan. Hanya ucapan yang mampu aku kirimkan.

                                        **salam ramadhan buat mama, ayah, adik-adik**

Aku ada matlamat yang mesti aku laksanakan dalam proses menTARBIYAH diri aku. Semoga imtihan Ramadhan kali ini menjadikan aku benar-benar "NAJAH" ..dan semoga aku berjaya ber"GRADUATE" sebagai PRO.NURUL IMAN dek kerana kejayaan dalam menjalani proses TarbiYah dalam tempoh sebulan ini.

Insyaallah ~