Saturday, November 16, 2013

Full stop our sad story...



“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Alhamdulillah, setakat ini mereka selalu jadi sahabat terbaik buat saya.Mereka adik-adik dan mereka juga kakak-kakak abang-abang. Itulah mereka......Sebagai penghargaan buat mereka, ada sedikit gambar kenangan yang mungkin jadi kenangan kami bersama sepanjang 3 tahun di bumi UKM ini. Mereka adalah rakan + sahabat sekelas saya..
Nama program : Jalan-jalan awal semester + duit banyak lagi
Agenda : 1 Makan laksa Free di Tasik Chempaka 2 Bermain bowling 3 Makan lagi 










**kesedihan itu kadangkala jangan dilayan. Yakin dengan takdir Allah. Redha..itu lebih baik**
Wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment