Wednesday, July 10, 2013
ahlan wasahlan
RIMENDER :: Ramadhan, Awalnya Rahmat Pertengahannya Maghfirah dan Penghujungnya Pembebasan dari Api Neraka ::
Ramadhan yang ke 23 dalam hidup aku datang lagi. Saat yang aku tunggu selama 12 bulan kini betul-betul sedang aku lalui. Hari pertama, tapi aku masih belum diberi keizinan untuk melaksanakan 'ibadah. Ramadhan yang sedang aku lalui hari ini agak berbeza daripada tahun-tahun lepas.
Jika dahulu aku bersama keluarga bersahur, bertarawih, berbuka pasti bersama. Tapi kali ini aku hanya bersama kawan-kawan dek praktikal yang aku perlu selesaikan. Hanya ucapan yang mampu aku kirimkan.
**salam ramadhan buat mama, ayah, adik-adik**
Aku ada matlamat yang mesti aku laksanakan dalam proses menTARBIYAH diri aku. Semoga imtihan Ramadhan kali ini menjadikan aku benar-benar "NAJAH" ..dan semoga aku berjaya ber"GRADUATE" sebagai PRO.NURUL IMAN dek kerana kejayaan dalam menjalani proses TarbiYah dalam tempoh sebulan ini.
Insyaallah ~
Labels:
Secebis coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment