Sunday, November 17, 2013

Thesis oh Thesis

Dalam menghadapi tahun terakhir di ukm ini, subjek banyak dah yang berkurang jika nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini yang ada mencecah sehingga 24 jam kredit per semester. Cumanya bila berkurangnya subjek, aku disibukkan dengan thesis. Tajuk sudah ada. Penyelia pun sudah ada. Penyelia aku agak SHADID tapi aku suka. Beliau Prof. Hajah Salmah. Takhassus dalam bidang sastera zaman ayubiyah. Hebat orangnya. Setiap kali jumpa, aku dikehendaki berbahasa arab. Bagi ku, normal la kan, dah nama pun belajar dalam bidang arab.

Proposal yang juga merangkap bab I sudah ku lakukan. Bab II entah bila masanya untuk ku mula kembali menaip. Tajuk thesis ku lebih kepada sastera. Dulu aku tidak berminat untuk berada dalam bidang sastera arab. Rumit sebenarnya jika nak dibadingkan dengan tatabahasa arab. Tapi rumit itulah sebenarnya "challenging" kan. Bagiku tidak ada benda yang senang sekiranya kita tidak usaha. Cita-cita ku tinggi ..




I'M TO BE PROF. HAJAH NURUL IMAN

اريد ان اكون البروبسر نور الأيمان

I-allah...
Thesis ku bertajuk "Situasi politik semasa era pemerintahan Solahuddin al-Ayubi: Satu kajian dalam bentuk sastera". Apabila kita berbincang mengenai Pemerintahan Solahuddin, banyak fakta sejarah yang kita perolehi. Bahkan banyak sejarawan moden yang telah menceritakan peristiwa yang besar itu dan memberi kesan kepada seluruh umat Islam sehingga kini iaitu terjadinya Perang Salib. Namun, usul yang aku cuba ketengahkan disini ialah sejauhmana ketepatan fakta sejarah tersebut? Adakah ianya ditokok tambah bagi menampakkan jalan ceritanya menarik? Atau memang benar apa yang telah diperkatakan sejarawan tersebut?

Oleh hal yang demikian, kajian aku akan lebih terfokus kepada puisi penyair yang telah menghasilkan bait-bait syair pada era tersebut. Sebagaimana diketahui, pada zaman dahulu bait syair berperanan sebagai "kisah sejarah" iaitu para menyair hasilkan qasidah mereka bersumberkan kisah yang terjadi pada masa terebut. Contohnya, kisah mengenai perang salib, terdapat penyair yang menyertai peperangan tersebut dan dalam peperangan tersebut, mereka menceritakan kisah dan pengalaman yang berlaku ketika itu dalam bait-bait puisi mereka. Ini disebabkan pada ketika dahulu, sejarah tidak pernah wujud dalam bentuk yang formal. Jadi, puisi lah yang memainkan peranan penting dan dianggap sebagai sumber sekunder untuk  para sejarawan mencari maklumat. Setiap pusi yang telah dikarang, dinamakan sebagai "diwan-diwan" seperti Diwan Sana' Ibn Malik.

Maka dengan itu, akan bermulalah episod pengembaraan aku untuk mencari yang "hak" supaya tidak berlaku isu penipuan mengenai sejarah disamping menjaga ketulinan sejarah tersebut. 

Akhir kalam : SYOKNYAAA KAJI SYAIR...



No comments:

Post a Comment